Ladynurtural
From hobby to passion
Hai Assalamualaikum!
Saya Ladynoe Mohamed, ramai orang kenal saya dengan panggilan Noe atau Nur. Saya seorang ibu kepada 4 orang anak, yang memulakan karier sebagai seorang Graphic Designer dan kini masih seorang Graphic Designer tapi mempunyai obsesi terhadap pembuatan sabun, bath bomb, garam mandian dan mungkin akan teroka lebih banyak lagi produk yang akan dihasilkan secara handcraft dan menggunakan bahan yang organik,
Kebanyakan sabun yang saya hasilkan sememangnya 100% dari bahan semulajadi seperti minyak-minyak yang baik untuk kulit, menggunakan pewarna semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan menggunakan essential oil sebagai pewangi.
Saya harap produk-produk yang saya hasilkan ini, sedikit sebanyak juga akan membuatkan anda turut gembira dan enjoy serta memberi manfaat di dalam kehidupan seharian anda.
Knowledge Sharing di Youtube
Saya juga mempunya Youtube Channel di mana di sini saya berkongsi dengan para penonton tentang pengetahuan dan pengalaman saya dalam obsesi saya membuat sabun, salve, dan aksesori mandian yang lain. Saya mengharapkan anda yang turut berkira-kira ingin memulakan hobi yang sama, dapat menimba ilmu sedikit sebanyak melalui perkongsian yang akan saya muat naik dari semasa ke semasa.
FOLLOW US ON INSTAGRAM!