BATH SALT

(MANDIAN GARAM MAGNESIUM / EPSOM SALT)

Mungkin ramai yang asing dengan kegunaan garam Epsom yang terbukti sungguh banyak manfaat terhadap tubuh kita. 

Nama Epsom berasal dari kota Epsom di Surrey, England, adalah sejenis garam yang tercipta hasil sebatian magnesium, sulfur serta oksigen sehingga menjadi magnesium sulfat. Antara kegunaan garam ini yang paling utama adalah untuk melegakan serta menghilangkan tekanan dan stres dengan cara menjadikan ia sebagai sapuan, rendaman atau minuman. Ya walaupun ianya dipanggil 'garam' tapi ianya langsung bukan untuk kegunaan masakan.Selain daripada itu, Garam Epsom ini baik untuk meredakan kekejangan otot dan lenguh sendi bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif tidak kira samada bersenam ringan atau berat. 

Di Ladynurtural, Garam Epsom ini diperkayakan lagi dengan campuran Essential Oil yang juga dapat memberi pelbagai manfaat kepada pengguna. 

REVIVING BATH SALT

(Eucalyptus + Peppermint + Epsom Salt)



Mandian Garam Magnesium (Epsom Salt) yang ditambah lagi dengan kebaikan Essential Oil Eucalyptus yang membantu meredakan lenguh-lenguh badan.

Digabungkan dengan Essential Oil Peppermint yang juga turut membantu menghilangkan stress serta melancarkan penafasan terutama sewaktu diserang flu dan sinus.

 

Reviving Bath Salt ini juga boleh dijadikan rawatan alternatif untuk mengurangkan simptom demam dan selesema. 

RELAXING BATH SALT

(Lavender + Epsom Salt)



Lavender sudah sekian lama menjadi tumbuhan yang mempunyai seribu satu kebaikan dan telah digunakan secara meluas dalam industri perubatan herba, kosmetik serta aksesori-aksesori kulit yang lain. 

Aroma Lavender terbukti dapat memberikan efek ketenangan dan meredakan anxiety bagi mereka yang tertentu. Lavandula angustifolia ini juga terkenal dengan sifatnya yang mampu bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-fungal. 

 

Relaxing Bath Salt ini bagus bagi mereka yang mengalami lenguh-lenguh badan dan kaki, serta stress setelah seharian atau seminggu bekerja!

'ME TIME' BATH SALT

(Rose Geranium + Coconut Milk + Epsom Salt)



Manjakan diri sengan mandian garam Magnesium yang diperkayakan dengan khasiat santan kelapa serta Essential Oil Rose Geranium. 

 

Santan kelapa membantu untuk meningkatkan hidrasi ditambah lagi dengan garam himalaya yang mampu memerangkap lembapan pada kulit. 'Me Time' Bath salt ini juga sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kondisi kulit yang terlalu kering. 

 

'Me time' Bath Salt ini bagus bagi mereka yang mengalami lenguh-lenguh badan dan kaki, serta meredakan stress harian. 

WA