LIP BUTTER + TREATMEMT

(DENGAN EKSTRA COCOA BUTTER)

Tahukah anda bahawa bibir kita tidak mempunyai kelenjar minyak seperti yang terdapat pada permukaan kulit kita yang lain? Oleh itu bibir kita akan cenderung menjadi kering apabila terdedah pada suhu dingin, terlalu panas atau tempat yang berangin. Bibir yang terbiar kering akan lama-kelamaan menjadi kusam dan lebih buruk lagi pecah-pecah dan merekah.

Rutin penjagaan bibir yang kerap boleh membantu mengekalkan bibir anda lembut dan licin. 


Berapa kerap bibir kita perlukan pelembab?

 

Secara dasarnya, bibir juga memerlukan rutin penjagaan yang sama kerap dengan rutin penjagaan kulit wajah anda. Ianya perlukan pelembab yang di pakai setiap 6-10 jam sekali, setiap hari dan sebelum tidur malam. Dan ianya juga perlu di 'scrub' 

Anda digalakkan memilih lip butter yang sifar iritasi terutama yang bebas dari kandungan paraben, alcohol, pewarna, pewangi serta perasa sintetik. 

Lip Butter+Treatment Ladynurtural diformulasikan tanpa Alcohol, tanpa paraben, petroleum mahupun silikon dan bebas dari bahan yang terkenal dengan sifat iritasi yang tinggi. Kami hanya menggunakan bahan semulajadi tetapi walaubagaimanapun anda digalakkan untuk membaca kandungan bahan-bahan yang digunakan bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan. Ini kerana sesetengan bahan semulajadi juga boleh mengakibatkan alergi seperti contoh; bagi mereka yang alergik kepada kekacang, mungkin tidak sesuai untuk menggunakan Lip Butter+Treatment ini kerana ianya mengandungi Sweet Almond Oil.

Ladynurtural mengambil inisiatif integriti dalam menyenaraikan semua bahan yang digunakan dalam konteks yang mudah dibaca difahami untuk memudahkan pembeli membuat pilihan.


Lip Butter+Treatment Ladynurtural


Lip Butter+Treatment kami mengandungi 6 bahan yang bukan sahaja memberi kelembapan berpanjangan kepada bibir anda, malah ianya juga boleh membantu membaik pulih bibir yang kering dan luka. 

Di formulasikan daripada 5 minyak kecantikan seperti, Coconut Oil, Sunflower seed Oil, Sweet Almond Oil, Castor Oil, Jojoba Oil, Organic Premium Beeswax dan Candellila Wax serta rumusan ekstra Cocoa Butter. 

;dihasilkan dengan berhati-hati sehingga Lip Butter+Treatment ini tidak membuatkan bibir rasa melekit dan berminyak. Yang lebih menarik, ianya mengandungi natural SPF yang mampu melindung bibir dari sinaran UVA dan UVB.

Lip Butter+Treatment ini terdiri daripada 3 pilihan warna iaitu Moleq (Brown Red), Canteq (Brick Red) dan Manis (Baby Like Pink) serta Elok (Tidak bewarna)

 

 

WA