NATURAL SOAP

(Sabun yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi)

Kenapa perlu beralih kepada sabun natural?


Pernahkah anda meneliti label yang terdapat pada sabun yang dibeli di pasaran? Jika pernah, apakah kandungan bahan yang anda dapati? Sebahagian besar adalah nama-nama kimia yang tidak boleh disebut pun. Betul?

 

Kebanyakan sabun di pasaran bukanlah sabun sebenar. Sabun komersial umumnya adalah detergent yang diformulasikan secara sintetik untuk membersihkan kulit kita. Nampak macam tiada masalah, kan? Fikir semula.

 

Sabun yang sebenar dicipta melalui proses pembuatan sabun yang melibatkan lemak (minyak) dan garam alkali dan seterusnya menghasilkan sabun yang mempunyai kandungan gliserin secara semulajadi. Gliserin berasal dari minyak berasaskan tumbuhan, tidak berwarna dan banyak digunakan dalam pelbagai produk kecantikan. Ia terjadi secara semulajadi semasa proses pembuatan sabun. 

Apakah itu gliserin?

 

Gliserin adalah satu bahan yang sangat bernilai kerana sifatnya melembabkan dan kebiasaannya gliserin dalam pembuatan sabun komersial akan diektrak keluar semasa proses demi proses dan dijual pula dengan harga yang sangat mahal kepada industri kosmetik seperti losyen, krim pelembab dan sebagainya. Cuma kamu semak kandungan bahan yang terdapat pada krim pelembab anda, ada tak tertulis ‘gliserin’?

 

Gliserin-lah yang berfungsi untuk melembabkan kulit dengan menarik air dari udara ke dalam lapisan luar kulit.  Ia juga membentuk lapisan perlindungan yang membantu mencegah kehilangan lembapan. Gliserin juga boleh membantu untuk mengunci kelembapan semulajadi kulit kita dan menghalang pengeringan yang berlebihan.

 

Sabun Natural merupakan sabun yang sebenar yang menggunakan minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak sawit dan pelbagai minyak yang sangat berkhasiat untuk kulit sebagai bahan asas. Minyak-minyak ini akan berfungsi sebagai makanan yang baik untuk kulit kita. Additive seperti butter, clay, garam mineral dan ekstrak buah-buahan serta herba juga boleh ditambah bagi meningkatkan khasiat sabun.

Kepada anda yang baru pertama kali menggunakan sabun natural ini, semoga ini adalah titik tolak untuk melakukan perubahan menggunakan sabun yang lebih sihat untuk kulit anda!

WA