Ladynurtural | Handcrafted Lifestyle

Double Butter Original Pomade (Style and protect)

MYR25.00
Smells like

Berat bersih: 40 gm
Kategori: Medium Hold
Kesesuaian : Lelaki dan perempuan. Semua peringkat umur.


Di dalam Double Butter Original Pomade (40 gm) ini saya menggabungkan beberapa bahan Natural seperti:

Minyak Almond - yang kaya Vitamin E, asam lemak (fatty acid) omega-3 dan omega-6 yang mampu melindungi rambut dari kerusakan akibat panas di bawah matahari
Shea Butter
- Melembutkan dan menghaluskan rambut serta memelihara kulit kepala.
Mango Butter
- Memperbaiki texture rambut dan juga mengurangkan kelimumur
Kaolin Clay - Membantu mengimbangi minyak yang dihasilakan oleh kulit kepala.
BTMS-50
- BTMS-50 diekstrak dari minyak Rapeseed yang digunakan di dalam pomade ini bukan sahaja untuk menambah kebaikan dan efek lembapan (conditioning) tetapi juga sebagai bahan yang akan membuatkan pomade ini mudah dicuci.
Cetearyl Alcohol - Cetearyl Alcohol nama sahaja alcohol, tetapi hakikatnya ia bukanlah alcohol yang mendatangkan rengsa pada kulit. Bahan ini diekstrak dari Minyak Kelapa untuk dijadikan bahan yang membuatkan rambut mudah diurus.
Stearic Acid
- Meskipun namanya mengandungi istilah acid, stearic acid diekstrak dari Minyak Sawit yang digunakan sebagai pemekat kepada formula ini.
Skin Safe Fragrance Oil
- Fragrance Oil yang saya gunakan diimport dari France dan saya hanya menggunakan peratusan yang rendah supaya bau wangian tidak terlalu kuat menyucuk hidung.


Kisah disebalik Double Butter Original Pomade Ladynurtural


Double Butter Original Pomade ini saya hasilkan setelah merasa kurang senang dengan kondisi rambut anak saya yang menjadi keras dan sukar dibersihkan selepas menggunakan produk dandanan rambut komersial yang didapati di rak-rak pasaraya kebanyakan. Kalau dulu saya gemar menyentuh dan membelai rambut anak saya, namun selepas dia menggunakan produk-produk sedemikian, perasaan itu menjadi sedikit berbeza kerana rambut anak saya yang keras dan wangian yang menyucuk hidung, dan sekali lagi, sangat susah dicuci walau telah menggunakan shampu!

Untuk mendapatkan produk dandanan rambut yang berkualiti tinggi, sangat mahal pula. Saya mengerti. Kerana produk yang mempunyai nilai harga yang tinggi semestinya mempunyai nilai bahan yang juga berkualiti dan sebab-sebab lain yang munasabah. Produk yang murah pula, didatangi dengan pelbagai kesan sampingan yang sering dikongsikan seperti iritasi kulit kepala, rambut menjadi keras dan rapuh, rambut gugur dan sukar dicuci. Agak sukar untuk saya berkompromi dalam hal ini. 

(image source: Google)

Dalam situasi saya, saya inginkan produk dandanan rambut anak-anak saya mengandungi bahan yang sihat dan bermanfaat untuk rambut, tidak terlalu mengeraskan rambut sehingga sukar untuk dibersihkan, memadai mempunyai 'medium hold' agar kelihatan kemas bergaya, rambut mudah diurus dan kekal lembut, tidak mendatangkan iritasi kulit kepala serta bau tidak terlalu kuat menyucuk hidung. 

Saya mengambil masa berbulan-bulan menghasilkan pomade untuk anak-anak saya (serta suami), mengkaji jenis minyak yang sihat dan baik untuk rambut, serta sudah menghasilkan pelbagai batch untuk menguji pula kesesuaian dan keselesaan mereka semasa mengguna pomade yang saya hasilkan. Inspirasi saya adalah produk dandanan rambut seperti di zaman datuk dan abah saya dahulu dan digabungkan dengan beberapa teknologi moden pada bahan-bahannya. Saya sangat gemar bereksperimen dengan butter yang diyakini mendatangkan banyak kebaikan pada rambut dan kulit kita. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menggabungkan kedua-dua jenis butter yang sangat saya gemari iaitu Shea Butter dan Mango Butter pada formula pomade saya ini. 





WA