Madu bukan sahaja bahan yang terkenal dengan 1001 macam kebaikan untuk kesihatan tubuh kita, malah ianya juga memberi banyak manfaat kepada kulit anda. Madu mengandungi anti-bakteria, anti-radang dan mampu memberi kelembapan kepada kulit. Penggunaan madu secara berterusan membantu menghindar dari jangkitan jerawat, meredakan iritasi kulit dan mengekalkan kelembapan.
Sementara kunyit pula dapat mengurangkan kesan tompok jeragat dan mengecutkan jerawat, radang kulit serta iritasi kulit yang lain. Penggunaan secara berterusan boleh membantu menyamaratakan tona wajah.
Sabun ini boleh digunakan sebagai sabun badan dan wajah.
Nota : Sabun ini tidak mengandungi sebarang wangian. (unscented)