Berat Sebuku Sabun : ≈ 140 gm
Essential Oil yang digunakan : Geranium dan Bergamot
Kesesuaian: Body and Face Soap
[PENTING] PRE-ORDER NOTES
Hi, sabun yang anda pesan di bawah pre-order item sedang di dalam curing process dan anda dinasihatkan untuk menunggu dahulu sehingga 1Julai 2025 sebelum menggunakan sabun ini. Curing Process adalah satu fasa penting dalam pembikinan sabun natural organik di mana selepas tempoh curing selesai, sabun yang anda beli akan siap menjadi sabun yang benar-benar berkualiti untuk digunakan.
Bromelain adalah sejenis enzim yang lazimnya terdapat pada buah nenas. Walau pun ianya terdapat di seluruh bahagian buah nenas, tapi kajian mengatakan kandungan bromelain yang tinggi pada buah nenas lebih tinggi terdapat pada batang dan kulit nenas.
Dalam beberapa kajian bromelain ini dapat berfungsi sebagai anti-dematosa yang mencegah pembekakan, anti-trombotik yang mencegah penggumpalan darah dan juga anti-inflamasi untuk mecegah radang. Bromelain adalah enzim yang dapat diserap baik oleh tubuh badan kita dan tidak menimbulkan efek yang berbahaya.
Nenas juga tersangatlah kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam nenas ni tinggi. Jadi ianya dapat membantu proses regenerasi kulit .Ianya juga kaya dengan antioksidan yang terbukti membantu mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas.
Manakala kojic acid yang turut diformulasikan di dalam Sultan Soap ini adalah untuk meningkatkan lagi kemampuan sabun ini untuk mencerahkan kulit, menangani kesan sunburn , kesan penuaan dan memudarkan parut.